Apakah Kegagalan Jantung?


  • Kegagalan jantung adalah keadaan di mana jantung tidak mengepam darah dengan berkesan ke paru-paru atau ke seluruh badan.

  • Ini berlaku apabila otot jantung menjadi lemah, atau apabila otot jantung menjadi tebal dan kaku, menyebabkan kesukaran untuk mengisi darah ke dalam jantung dan terkumpul dalam paru-paru.

  • Apabila seseorang mengalami kegagalan jantung, jantung yang lemah akan mengepam darah dengan lebih perlahan.

  • Akibatnya, buah pinggang akan menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan tubuh menyimpan lebih banyak garam dan air.

  • Jika badan menyimpan terlalu banyak cecair atau jantung tidak dapat mengepam dengan baik, cecair boleh terkumpul di kaki dan pergelangan kaki, menyebabkan bengkak dan kesukaraan bernafas. 




Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk pada video di bawah:


Rujukan:  Kementerian Kesihatan Malaysia, (2011, 16 December). Kegagalan Fungsi Jantung . Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=nvbhBKAh-1A