Aktiviti dan Senaman
Written on 04/28/2025
Pusat Perkhidmatan Klinikal (CTC) UiTM
-
Berjalan adalah salah satu senaman terbaik untuk meningkatkan kesihatan anda.
-
Mulakan dengan tempoh yang pendek secara perlahan-lahan.
-
Tingkatkan tempoh berjalan secara beransur-ansur sebelum meningkatkan kelajuan.
| Tempoh berjalan |
Minggu 1-2 | 5-10 minit sehari |
Minggu 3-4 | 10-15 minit sehari |
Minggu 5-6 | 15-20 minit sehari |
Minggu 7-8 | 20-30 minit sehari |
-
Sekiranya anda tidak mampu berjalan selama lima minit tanpa berhenti, senaman berselang seli boleh menjadi pilihan.
-
Selang-selikan berjalan selama 2-5 minit dengan berehat selama 2-5 minit. Ulangi rutin ini sebanyak mungkin.
-
Tip untuk bersenam
-
Pastikan anda masih boleh berbual ringan semasa bersenam.
-
Mulakan dan akhiri dengan senaman pemanasan dan penyejukan.
-
Berjalan di permukaan rata dan elakkan kawasan berbukit.
-
Tunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas makan sebelum melakukan bersenam.
-
Elakkan cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
-
Elakkan mengangkat atau menolak objek berat
-
Bilakah perlu berhenti bersenam
-
Sesak nafas semasa berbual
-
Rasa lemah atau pening
-
Rasa loya
-
Degupan jantung terlalu laju
-
Ketidakselesaan