Pemakanan dan Nutrisi

Written on 04/28/2025
Pusat Latihan Klinikal (CTC) UiTM


  • Mematuhi diet rendah garam boleh membantu anda berasa lebih baik dan meningkatkan keberkesanan ubat kegagalan jantung.

Cadangan:

  • Had pengambilan garam iaitu 2.5 g atau ½ sudu natrium sehari (rujukan: KKM)

  • Jangan menambah garam semasa memasak atau di meja makan.

  • Belajar cara untuk membaca label makanan dan pilih makan yang mengandungi natrium yang rendah.

  • Hadkan makanan tinggi natrium.

 


Cara Membaca Label Makanan untuk Kandungan Natrium:

  • Cari dan perhatikan maklumat pemakanan pada pek makanan.

  • Lihat pada maklumat saiz hidangan.

  • Lihat kandungan natrium​ pada hidangan tersebut dan bandingkan dengan jumlah yang anda tetapkan.

  • Pilih makanan yang mengandungi natrium yang kurang daripada:

    • 250 mg natrium

    • 10% daripada nilai harian anda


Contoh 1: Santan Kotak



Contoh 2: Mi Segera



Contoh 3: Pes Sambal Segera



Tip pemakanan di rumah atau luar

  • Galakkan penggunaan herba dan perisa semula jadi dalam masakan untuk meningkatkan rasa makanan.

  • Galakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

  • Sediakan 1 paket kecil garam = 1.3 g garam bagi tujuan penyediaan makanan untuk tempoh seharian.

  • Elakkan makanan dalam tin dan diproses seperti burger, sosej, bebola ikan/daging, kek ikan, budu, cencaluk, belacan, ikan masin, ikan bilis kering dan telur masin.

  • Elakkan penggunaan sos seperti sos cili, sos tomato, sos masam manis, pes tom yam, kicap pekat dan sos tiram.

  • Elakkan penggunaan penambah perisa tambahan dan kiub stok masakan.

 


Berikut Merupakan Contoh Makanan yang Mempunyai Jumlah Natrium yang Rendah: 



Dan Ini Merupakan Contoh Makanan yang Mempunyai Jumlah Natrium yang Tinggi dan Seharusnya Dielakkan:



Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan jumlah natrium dalam hidangan makanan anda.



Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan jumlah natrium dalam hidangan makanan anda.