Aktiviti Seksual
Written on 04/24/2025
Pusat Latihan Klinikal (CTC) UiTM
-
Keadaan ini normal bagi pesakit kegagalan jantung (dan pasangan mereka) untuk merasa bimbang mengenai aktiviti seksual. Seks tidak membahayakan jantung anda.
-
Secara umum, jika anda boleh berjalan menaiki tanga dua tingkat atau berjalan laju, anda boleh meneruskan aktiviti seksual.
Tip untuk aktiviti seksual
-
Lakukan aktiviti seksual apabila anda cukup rehat dan santai.
-
Elakkan selepas makan besar atau minum alkohol.
-
Pastikan bilik selesa, tidak terlalu panas atau sejuk.
-
Pilih posisi dan teknik yang kurang membebankan.