Pengambilan Cecair
Written on 04/28/2025
Pusat Latihan Klinikal (CTC) UiTM
-
Jumlah cecair yang disyorkan bagi pesakit kegagalan jantung ialah 1.0-1.5 L/sehari, tetapi doktor akan menentukan jumlah yang sesuai, terutamanya jika anda baru sahaja dimasukkan ke dalam hospital.
-
Berikut merupakan contoh jenis-jenis cecair yang perlu dikawal:
-
Jus
-
Sup
-
Kiub ais
-
Ais krim
-
Air
-
Tip mengurangkan pengambilan cecair
-
Tos lebihan cecair daripada buah dalam tin.
-
Gunakan cawan, mangkuk, dan gelas yang lebih kecil.
-
Jika boleh, telan ubat-ubatan dengan makanan lembut.
-
Minum secara perlahan-perlahan.
-
Cadangan jika dahaga
-
Makan potongan kecil buah sejuk.
-
Berkumur dengan pengumur tanpa alkohol yang sejuk.
-
Gunakan pelembap bibir untuk mengelakkan bibir kering.
-
Cara mengawasi pengambilan cecair
-
Ukur pengambilan cacair dalam tempoh 24 jam sehingga ia menjadi kebiasaan.
-
Isi satu jag air dengan jumlah air besamaan cecair harian anda perlukan.
-
Setiap kali anda minum, tuangkan air daripada jumlah jag tersebut.
-
Jumlah air yang tinggal menunjukkan baki cecair yang boleh diminum untuk hari itu.