-
Mematuhi diet rendah garam boleh membantu anda berasa lebih baik dan meningkatkan keberkesanan ubat kegagalan jantung.
Cadangan:
-
Had pengambilan garam iaitu 2.5 g atau ½ sudu natrium sehari (rujukan: KKM)
-
Jangan menambah garam semasa memasak atau di meja makan.
-
Belajar cara untuk membaca label makanan dan pilih makan yang mengandungi natrium yang rendah.
-
Hadkan makanan tinggi natrium.
Cara Membaca Label Makanan untuk Kandungan Natrium:
-
Cari dan perhatikan maklumat pemakanan pada pek makanan.
-
Lihat pada maklumat saiz hidangan.
-
Lihat kandungan natrium pada hidangan tersebut dan bandingkan dengan jumlah yang anda tetapkan.
-
Pilih makanan yang mengandungi natrium yang kurang daripada:
-
250 mg natrium
-
10% daripada nilai harian anda
Contoh 1: Santan Kotak
Contoh 2: Mi Segera
Contoh 3: Pes Sambal Segera
Tip pemakanan di rumah atau luar
-
Galakkan penggunaan herba dan perisa semula jadi dalam masakan untuk meningkatkan rasa makanan.
-
Galakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
-
Sediakan 1 paket kecil garam = 1.3 g garam bagi tujuan penyediaan makanan untuk tempoh seharian.
-
Elakkan makanan dalam tin dan diproses seperti burger, sosej, bebola ikan/daging, kek ikan, budu, cencaluk, belacan, ikan masin, ikan bilis kering dan telur masin.
-
Elakkan penggunaan sos seperti sos cili, sos tomato, sos masam manis, pes tom yam, kicap pekat dan sos tiram.
-
Elakkan penggunaan penambah perisa tambahan dan kiub stok masakan.
Berikut Merupakan Contoh Makanan yang Mempunyai Jumlah Natrium yang Rendah:
Dan Ini Merupakan Contoh Makanan yang Mempunyai Jumlah Natrium yang Tinggi dan Seharusnya Dielakkan:
Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan jumlah natrium dalam hidangan makanan anda.
Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan jumlah natrium dalam hidangan makanan anda.